BM | EN | 中文

MP Johor Bahru kemuka isu pelanggaran pengeluaran sijil CCC Rumah PR1MA Residensi Tebrau

Akmal-Nasir-PR1MA-Residensi-Tebrau-sijil-CCC.jpg

Gambar Ehsan FB Akmal Nasir

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 MEI: Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mempersoalkan bagaimana projek PR1MA Residensi Tebrau itu memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) sedangkan sistem perpaipannya masih belum siap.

Akmal dimaklumkan CCC untuk PRI1MA itu dikeluarkan pada 31 Mac lalu sedangkan sepatutnya sijil berkenaan diberikan selepas semuanya selesai termasuk penilaian komprehensif terhadap komponen kerja pembinaan seperti asas bangunan, kerja-kerja tanah, sistem paip, sistem longkang dan saliran, landskap, lampu jalan dan sistem keselamatan kebakaran.

“Persoalannya bagaimana CCC boleh dikeluarkan dalam keadaan sistem paip di PR1MA tersebut belum siap sepenuhnya?

Advertisement

“Adakah benar kontraktor bertindak memenuhkan tangki air secara manual bagi mendapatkan kelulusan CCC sedangkan paip air sebenarnya belum disambung,” soalnya, lapor SH Online.

Beliau percaya PR1MA mendapat CCC kerana tidak mahu membayar pampasan atau tuntutan denda lewat penyerahan rumah (LAD) kepada pembeli selepas dijanjikan untuk dapat kunci sebelum 30 April ini.

Jelasnya, terdapat 1,284 unit PR1MA di kawasan tersebut yang sudah mendapat CCC dan penduduk secara berkumpulan membuat aduan itu kepada pemaju dan beliau sendiri bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Advertisement

Akmal turut mempersoalkan sama ada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin mengetahui perkembangan itu kerana beliau telah mengadakan pertemuan dengan wakil pembeli pada 8 April lalu iaitu seminggu selepas CCC dikeluarkan.

“Sebaiknya menteri terbabit tampil berikan penjelasan mengapa perkara sebegini boleh berlaku, CCC dikeluarkan tanpa bekalan air,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top