BM | EN | 中文

MP Iskandar Puteri bangkit tujuh persoalan penting berkenaan Ordinan Darurat

Lim-Kit-Siang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 MAC: Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata penguatkuasaan Ordinan Darurat yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menimbulkan tujuh persoalan penting.

Katanya, Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 yang mula dikuatkuasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi mengekang apa-apa berita yang disifatkan oleh kerajaan sebagai “berita tidak benar.”

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata penguatkuasaan Ordinan Darurat ini menimbulkan tujuh persoalan penting.

Advertisement

Persoalan penting itu adalah adakah Ordinan Darurat ini telah dibentangkan kepada Kabinet untuk diluluskan atau adakah ia diwartakan tanpa perlu melalui Kabinet?

Kedua beliau turut memersoakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin yang tidak mengubah Ordinan Darurat ini bagi memastikan penyampai maklumat mengenai program vaksinasi kebangsaan.

Antaranya kes pendedahan maklumat melibatkan pakar nefrologi dan petugas barisan hadapan, Dr Rafidah Abdullah.

Advertisement

Manakala persoalan ketiga dibangkitkan sama ada ordinan ini terkekang hanya kepada berita palsu mengenai Covid-19 dan Proklamasi Darurat, tetapi tidak meliputi berita dan maklumat palsu yang meracuni hubungan antara kaum dan agama di Malaysia dalam beberapa tahun lepas.

Keempat kata Kit Siang, adakah ciapan Dr Rafidah Abdullah mengenai masalah “Dua Darjat 2.0” dan kenyataan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu mengenai Proklamasi Darurat menjadi punca pewartaan Ordinan ini.

Persoalan kelima dibangkitkan Kit Siang mengapa kabinet tidak mencadangkan, sebelum Ordinan ini diwartakan supaya diwujudkan tempoh maklum balas awam daripada organisasi dan individu yang berminat.

Advertisement

Keenam tambahnya, adakah ordinan ini akan menjadi norma baharu, di mana ia diwartakan secara tiba-tiba menjadi undang-undang tanpa sebarang notis, perbahasan, atau perbincangan.

“Adakah kabinet bersedia untuk menggantung pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) 2021 ke suatu tarikh lain sehingga pindaan dan maklum balas orang awam dapat diambil kira sebelum pelaksanaan Ordinan ini? menurut persoalan ketujuh dibangkitkan Kit Siang.

Tambah beliau lagi, menerusi ordinan ini, mana-mana pihak yang “mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan” berita tidak benar dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau apa-apa bentuk lain boleh dikenakan tindakan.

Advertisement

Kerajaan pada 11 Mac mewartakan ordinan bagi mengekang berita tidak benar yang mempunyai kaitan dengan COVID-19 dan proklamasi darurat.

Ia memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang cuba menyiar serta menyebarkan berita tidak benar khususnya di media sosial.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top