BM | EN | 中文

MP Bakri serah sumbangan pelbagai peralatan perubatan kepada Hospital Pakar Sultanah Fatimah

yeo-bee-yin-sumbangan-Hospital-Pakar-Sultanah-Fatimah.jpg
Advertisement

MUAR, 18 OGOS: Ahli parlimen Bakri, Yeo Bee Yin menyerahkan sumbangan pelbagai jenis peralatan perubatan kepada Hospital Pakar Sultanah Fatimah dalam usaha membantu memerangi pandemik COVID-19.

Bee Yin berkata, peralatan perubatan itu membabitkan 50 unit alat Twin Flow Meter, 30 unit pulse oxymeter, 10 unit mesin ‘oxygen concentrators’ dan pelitup muka N95 yang diserahkan oleh pegawai pusat khidmat parlimen Bakri, baru-baru ini.

Menurut Bee Yin, selain pihak beliau, sebahagian peralatan perubatan itu turut disumbangkan oleh Adun Bentayan, Ng Yak Howe dan pertubuhan International Buddhist Confederation (IBC).

Advertisement

“Dana yang dikumpul hasil sumbangan ikhlas orang ramai kini dapat memanfaatkan ribuan pesakit.

“Kami amat menghargai usaha IBC yang melancarkan kempen ini untuk membantu memerangi pandemik global ini tanpa mengira sempadan, warganegara dan agama.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat turut serta mengambil bahagian.

Advertisement

“Semoga peralatan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga hospital,” kata Bee Yin dalam hantaran di laman Facebook beliau.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihatkan kepada ibu-ibu yang hamil untuk mengambil vaksin bagi mengelakkan komplikasi teruk akibat jangkitan Covid-19.

“Kini, hanya 40 peratus sahaja ibu hamil yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Bersama kami lindungi diri dan bayi dalam kandungan,” kata Bee Yin.

Advertisement

Bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) itu turut melancarkan video kempen berdurasi 2 minit 40 saat untuk menggalakkan ibu-ibu hamil untuk mengambil vaksin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top