BM | EN | 中文

MP, Adun DAP Johor gesa pasar pagi, pasar tani dibenar operasi tertakluk SOP PBT

pasar-tani-pasar-pagi.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan NSTP)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JAN: Wakil-wakil rakyat DAP Johor yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen menggesa kerajaan negeri membenarkan pasar pagi dan pasar tani beroperasi, tertakluk syarat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam satu kenyataannya mereka berkata, meskipun Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengizinkan operasi pasar harian, pasar tani dan pasar borong, kerajaan Johor pula bertindak sebaliknya dan tidak mengizinkan operasi pasar tersebut.

Difahamkan keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Exco Kerajaan Tempatan bersama semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT di Johor.

Advertisement

“Sekiranya kerajaan negeri boleh mengizinkan operasi pasar tani kekal dan pasar persendirian dalam bangunan, tiada sebab munasabah mengapa tidak boleh mengizinkan operasi pasar pagi, pasar tani dan pasar malam tertakluk kepada syarat PBT masing-masing.

“Dari segi operasi, pasar tersebut adalah perkhidmatan dan penjualan barang asas, malah pasar yang terdiri di tapak lapang mempunyai pengalihan udara jauh lebih baik berbanding pasar dalam bangunan,” menurut kenyatan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama dua ahli parlimen: Teo Nie Ching (Kulai) dan Wong Shu Qi (Kluang), serta 10 Adun – Tan Chen Choon (Jementah), Sheikh Umar Bagharib Ali (Paloh), Liow Cai Tung (Johor Jaya), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Gan Peck Cheng (Penggaram), Andrew Chen Kah Eng (Stulang), Chew Peck Choo (Yong Peng), Ee Chin Li (Tangkak), Ng Yak Howe (Bentayan), dan Alan Tee Boon Tsong (Senai).

Advertisement

Tambah kenyataan itu, setiap kawasan mempunyai situasi yang berbeza, dan PBT serta wakil rakyat setempat boleh mengadaptasikan SOP berdasarkan situasi dan keperluan di tempat masing-masing.

“Kami memahami sepenuhnya betapa mencabar keadaan penularan wabak COVID-19 dalam negeri kita pada masa kini.

“Walau bagaimanapun, PBT dan wakil rakyat seharusnya diberi kuasa budi bicara di kawasan masing-masing, untuk menentukan SOP setempat selaras dengan garis panduan MKN.

Advertisement

“Kaedah ini bukan sahaja membolehkan kerajaan mengatasi isu penularan Covid-19 secara lebih dekat bersesuaian dengan keadaan setempat malah mengizinkan kelonggaran untuk menjaga survival ekonomi rakyat di setiap kawasan.

“Kami mencadangkan agar kerajaan negeri memberi keizinan kepada operasi pasar pagi dan pasar tani secara amnya, berdasarkan keputusan MKN, dan PBT diberi kuasa budi bicara untuk menjalankan pelaksanaan bersesuaian dengan keadaan tempat masing-masing.

“Kalau ada pasar yang terletak di lokasi yang sukar dikawal pergerakan orang ramai ataupun di mana kes positif COVID-19 kawasan tersebut melonjak, PBT mempunyai kuasa untuk menutupkan pasar pagi tersebut dengan serta merta.

Advertisement

“Kami menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat.

“Kerajaan negeri juga perlu menyediakan dana untuk membantu para penjaja kecil yang berniaga di pasar pagi dan pasar tani sekiranya mereka tidak dibenarkan untuk beroperasi,” tambah kenyataan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top