BM | EN | 中文

MoU PH dengan kerajaan tak kurangkan peranan pembangkang – MP Ledang

syed-ibrahim-syed-noh.jpg

Gambar Ehsan FB Syed Ibrahim Syed Noh

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 OKT: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan tidak mengurangkan peranan dimainkan gabungan itu sebagai pembangkang di negara ini.

Syed Ibrahim Syed Noh (tengah) menyampaikan bakul makanan sebagai simbolik penyerahan sumbangan PKR Johor kepada setiap cabang sempena program Jelajah Peduli PKR Peringkat Johor di Johor Bahru

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, MoU berkenaan ditandatangani PH demi kesejahteraan rakyat khususnya yang sedang terkesan akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak mengambil pendekatan berlembut tetapi sebaliknya lebih bersemangat melawan perkara yang dilihat berunsur ketidakadilan.

Advertisement

“MoU yang ditandatangani ini menaikkan lagi semangat kami untuk melawan perbuatan salah seperti rasuah, penyelewengan dan ketirisan.

“Sebagai pembangkang, PKR dan pastinya rakan komponen dalam PH mesti terus menjalankan tanggungjawab yang telah diberi,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Jelajah Peduli anjuran PKR Johor, di sini semalam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top