BM | EN | 中文

MOU kerajaan-pembangkang ujian kritikal perpaduan rakyat hadapi Covid-19

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 13 SEPT: Memorandum persefahaman (MOU) antara pihak pembangkang dan kerajaan adalah satu detik bersejarah dan menjadi satu ujian kritikal kepada rakyat Malaysia untuk bersatu berdepan kegagalan perang 21 bulan melawan Covid-19

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, MOU kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) itu adalah satu detik bersejarah dan menjadi ujian kritikal untuk menentukan sama ada semua rakyat Malaysia.

“Semua perbezaan akan diketepikan dahulu dalam berhadapan wabak Covid-19 yang mengancam kehidupan dan kewujudan kita, yang telah mengorbankan tujuh kali ganda lebih ramai orang di Malaysia berbanding dengan tragedi 9/11 di AS.

Advertisement

“Hampir 21,000 orang terkorban akibat wabak ini dalam tempoh 21 bulan yang lepas.

“Kita perlu letakkan moratorium ke atas semua perbezaan kita sehingga pilihan raya umum yang akan datang dalam tempoh 10 ke 18 dari sekarang untuk bersatu padu dan menumpukan usaha untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19,” kata Kit Siang.

Tambah beliau kedua-dua pihak perlu memberikan rakyat Malaysia harapan dan keyakinan bahawa perbezaan boleh diketepikan dalam tempoh 10 ke 18 bulan yang akan datang.

Advertisement

Ia katanya bagi memenangi perang melawan wabak Covid-19 ini dan menetapkan semula struktur institusi negara dan Parlimen untuk membolehkan permulaan baharu negara kita sebagai negara berkelas dunia.

Ujarnya lagi, ada garis merah yang tidak boleh dicabuli oleh kedua-dua belah pihak.

“Penganalisis dan pengulas politik yang melihat CSR ini sebagai kehilangan pembangkang berwibawa telah lupa untuk melihat kepada sejarah, yang penuh dengan contoh keperluan untuk bersatu apabila berhadapan dengan musuh yang membawa maut.

Advertisement

“Sama ada dalam contoh seperti, Barisan Bersatu Mao Tse-Tung/Chiang Kai Shek dalam melawan pihak Jepun, atau Kerajaan Perpaduan Winston Churchill/Clement Attlee melawan Nazi Jerman pimpinan Hitler.

“Churchill mengutuk keras Parti Buruh Attlee sebagai sosialis, tetapi apabila Britain berhadapan ancaman, Churchill dan Attlee bukan sahaja membentuk kerajaan perpaduan, tetapi mereka membentuk pakatan dengan Stalin dari Kesatuan Soviet untuk menentang Hitler,” katanya.

Tambah veteran DAP itu lagi, Malaysia belum ke arah sejauh itu dengan pembangkang belum membentuk kerajaan pakatan atau perpaduan dengan pihak parti kerajaan.

Advertisement

“Apa yang kita telah lakukan adalah memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi di antara pihak kerajaan dan pembangkang untuk mencapai dua objektif, iaitu:

“Mengutamakan, dalam tempoh 10 ke 18 bulan yang akan datang sehingga Pilihan Raya Umum ke-15, usaha memenangi perang yang tidak dapat dilihat dalam melawan wabak Covid-19 yang merupakan satu ancaman terhadap kelangsungan negara kita yang telah mengumpulkan dua juta kes jangkitan dan mengorbankan 21,000 nyawa dalam 21 bulan yang lepas,” tambah Kit Siang.

Tambah beliau lagi, perbezaan kritikal dengan parti-parti kerajaan masih ada mengenai hal demokrasi berperlembagaan dan Rukun Negara, berkenaan kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, perang melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, penghormatan kepada hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan berpendapat, ketidaksamaan taraf ekonomi, sosial, dan akses kepada pendidikan, masa hadapan Malaysia sebagai negara hebat bertaraf dunia, dan bagaimana untuk kita menyatukan pelbagai kaum, agama, kawasan, dan budaya di Malaysia.

Advertisement

“Tetapi, perbezaan ini perlu menunggu masa yang sesuai kerana kita berhadapan dengan ancaman besar Covid-19.

“Kita punya persamaan, sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, atau politik, perlulah diketengahkan dan keutamaan bersama kita semua mestilah untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19 untuk memastikan adanya masa hadapan yang selamat untuk kita semua,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top