BM | EN | 中文

Motosikal Orang Asli dari Kuala Masai terbakar, Ebit Lew hadiahkan yang baharu

Ebit-Liew.jpg

Gambar Ehsan FB Ebit Liew

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 NOV: Penceramah yang terkenal denga konsep ‘street dakwah’, Ebit Liew menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada seorang lelaki Orang Asli yang kenderaannya terbakar ketika dalam perjalanan mendapatkan bantuan pada Isnin lalu.

Ebit menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik dalam laman Facebook semalam berkata, beliau sebak apabila membaca kisah lelaki berkenaan, Amran Ronggi, 29, yang ketika itu berusaha mendapatkan bantuan dari Baitulmal untuk keluarganya.

Dalam kejadian itu, motosikal ditunggang Amran Rongi, 29, bersama dua anak lelakinya dilaporkan mengalami kerosakan sebelum terbakar di Plaza Tol Senai, di sini, ketika mahu memohon bantuan daripada Baitulmal Johor.

Advertisement

Ebit berkata dia sebak apabila membaca berita mengenai insiden menimpa Amran yang juga orang kelainan upaya (OKU).

Kejadian itu dikongsi laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai sebelum menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian pelbagai pihak untuk menghulurkan sumbangan.

“Sebak rasa baca fasal abang bersama dua anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan. Hari ini saya belikan motor baharu hadiahkan kepada abang ini serta sedikit duit belanja.

Advertisement

“Terima kasih kepada Polis Johor bersama saya hari ini. Syukur ramai datang bantu,” katanya

Dalam pada itu Ebit turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada 84 buah keluarga yang tinggal di Perkampungan Orang Asli Kuala Masai itu.

Sementara itu, rata-rata warganet turut memuji tindakan pantas dan sikap prihatin Ebit membantu masyarakat dalam kesusahan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top