BM | EN | 中文

Motor ‘rider’ Grab OKU yang hilang di Johor Bahru ditemui pelajar

motor-Jal-grab-food-Johor-Bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JUL: Motosikal milik penghantar makanan OKU Grab Food yang hilang sewaktu sedang menghantar pesanan makanan di sebuah kompleks membeli belah di Taman Pelangi, disini ditemui semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Stulang, Andrew Chen Kah Eng dalam kiriman di laman Facebook beliau memberitahu, motosikal itu ditemui seorang pemuda prihatin, Muhammad Faris Imran di Larkin.

“Mungkin ramai dah tahu story motor Mohd Faizal ( pemandu GrabFood yang pekak dan bisu ) kena curi di Leisure Mall, Taman Pelangi tengah hari semalam.

Advertisement

“Tapi mungkin ramai belum tahu Muhammad Faris Imran, pelajar SMK St Joseph Johor Bahru yang berumur 15 tahun adalah orang yang menemui motor itu,” kata Andrew.

Tambah beliau, berhasrat untuk membantu, Muhammad Faris menarik motor yang hilang itu dari sebuah warung di Larkin ke rumahnya untuk memastikan kenderaan itu dalam keadaan selamat.

“Amalan Faris adalah contoh saling membantu antara satu sama lain. Ayah Faris meninggal dunia berapa bulan lepas, ibunya tak kerja, adik-beradik lima orang.

Advertisement

Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng bersama Muhammad Faris Imran, yang menemui motosikal tersebut

“Walaupun kehidupan penuh dengan ujian, dia sanggup membantu orang yang dalam kesusahan,” kata Andrew.

Sementara itu laman Buzzkini melaporkan kutipan derma kilat untuk membantu ‘rider’ OKU yang dikenali sebagai ‘Faizal’ itu berjaya mengumpulkan RM10,000 dalam masa tidak sampai 24 jam.

Ia hasil sumbangan dan keprihatinan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Advertisement

Perkara itu dikongsikan sendiri pemilik laman ‘Peon JB’ menerusi kiriman yang dimuatnaik di laman Facebook.

“Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan yang tak putus-putus untuk saidara Jal (Faizal) daripada kalian semua.

“Admin akan serahkan sumbangan ini secepat mungkin kepada saudara Jal. Admin nak ajak mereka-mereka yang kaki kecam #peonjb takut duit tak sampai ke tangan Jal. Sama-sama kita serahkan sumbangan ini kepadanya

Advertisement

“Kami stop (hentikan) terima sumbangan daripada kalian semua, mana yang terlepas bank-in tu kami akan serahkan sekali semua,” menurut kiriman di laman Peon JB.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top