BM | EN | 中文

MOTAC keluar senarai premis seni, budaya, warisan dibenar beroperasi

muzium-kota-johor-lama.jpg

Gambar Ehsan Blog Pensel Patah Tun Teja

Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) semalam menyenaraikan premis seni, budaya dan warisan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang dibenarkan beroperasi.

Motac menerusi kenyataan memaklumkan premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain akan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

MKN sebelum ini menetapkan aktiviti dan premis pelancongan di kawasan PKPB dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, serta mewajibkan pemakaian pelitup muka manakala di kawasan PKPP sekurang-kurangnya mematuhi penjarakan fizikal.

Advertisement

Berikut adalah senarai premis seni, budaya dan warisan yang akan beroperasi mengikut agensi:

1. Jabatan Muzium Malaysia

– Muzium Negara, Kuala Lumpur

Advertisement

– Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur

– Muzium Etnologi Dunia Melayu, Kuala Lumpur

– Muzium Seni Kraf Orang Asli, Kuala Lumpur

Advertisement

– Muzium Automobil Nasional, Selangor

– Muzium Perak, Perak

– Muzium Matang, Perak

Advertisement

– Muzium Adat, Negeri Sembilan

– Muzium Lukut, Negeri Sembilan

– Muzium Seni Bina Malaysia, Melaka

Advertisement

– Muzium Kota Johor Lama, Johor

– Muzium Sungai Lembing, Pahang

– Muzium Kota Kayang, Perlis

Advertisement

– Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah

– Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah

– Muzium Chimney, Labuan

Advertisement

– Muzium Labuan, Labuan

– Muzium Marin, Labuan

2. Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Kanak-Kanak

Advertisement

3. Jabatan Warisan Negara

– Galeri Melayu Pulau Pinang, Pulau Pinang

– Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak

Advertisement

4. Arkib Negara Malaysia

– Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Melaka

– Memorial Tun Ghafar Baba, Melaka

Advertisement

5. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

– Kompleks Kraf Kuala Lumpur

– Kompleks Kraf Johor

Advertisement

– Kompleks Kraf Langkawi

– Kompleks Kraf Melaka

Maklumat lanjut tarikh dan waktu operasi serta SOP terperinci ke premis yang berkaitan, boleh melayari laman sesawang serta media sosial Motac serta jabatan dan agensi terlibat.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top