BM | EN | 中文

Moratorium: Cantik dilihat, sedap didengar tapi tak boleh pakai – Steven Sim

Steven-Sim.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 JUL: Moratorium yang dimumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bukan automatik dan ia jauh berbeza daripada apa yang dikehendaki dan diperlukan rakyat:

Ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata pengumuman Perdana Menteri melalui PEMULIH selepas didesak teruk oleh rakyat hanya cantik dilihat dan sedap didengar tapi tak boleh pakai.

“Pertama sekali, ini bukan moratorium automatik yang dituntut oleh rakyat kerana masih perlu memohon dengan pihak bank.

Advertisement

“Selepas seminggu pengumuman oleh Perdana Menteri, masih tiada sebarang kenyataan daripada Bank Negara tentang pelaksanaan moratorium kali ini.

“Adakah ini bermakna, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak bank untuk menentukan cara pelaksanaan?

“Adakah setiap bank bebas menetapkan syarat permohonan, pengiraan faedah, tempoh bayaran balik dan sebagainya?

Advertisement

“Jika benar, adakah bank akan berpihak kepada rakyat sedangkan Menteri sendiri sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang menjaga kepentingan serta keuntungan bank? kata Sim dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, antara syarat utama menjadikan moratorium itu mustahil dimanfaatkan rakyat ialah, peminjam yang mempunyai tunggakan sebelum ini tidak layak untuk mendapatkan moratorium.

Katanya, rakyat telah menuntut moratorium automatik sejak tahun lalu kerana sudah tidak mampu lagi membayar pinjaman bank.

Advertisement

“Apabila moratorium akhirnya diumumkan, golongan yang paling tidak mampu membayar pinjaman berbulan-bulan ini mendapati bahawa mereka tidak layak untuk moratorium. Jadi apakah fungsi moratorium terbaru ini?

“Sekadar cantik dilihat, sedap didengar, tetapi tidak dapat memberi manfaat sebenar kepada golongan yang paling memerlukan,” kata bekas timbalan menteri belia dan sukan itu lagi.

Justeru katanya, moratorium yang dituntut oleh rakyat ialah moratorium tanpa faedah yang dituntut, berbanding moratorium yang tertakluk kepada faedah sepanjang tempoh penangguhan.

Advertisement

“Kadar faedah pula bergantung kepada bank masing-masing termasuk jenis produk pinjaman yang ditawarkan kepada pelanggan.

“Dalam kata lain, jika mendapat moratorium sekalipun, keuntungan bank tetap terpelihara.

“Akhirnya, peminjam terpaksa membuat bayaran bulanan yang lebih tinggi selepas tempoh moratorium, ataupun melanjutkan tempoh hutang,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top