BM | EN | 中文

Moratorium, bantuan bersasar tak sesuai, hanya liputi 50 peratus rakyat

Dzulkefly-Ahmad-Kota-Iskandar.jpg

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad

Advertisement

GELANG PATAH, 6 OGOS: Keputusan kerajaan yang menyambung moratorium dan bantuan secara bersasar dilihat keputusan yang tidak sesuai.

Menurut Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad, langkah tersebut hanya dapat membantu 50 peratus dari jumlah keseluruhan rakyat dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), berbanding moratorium sebelum ini yang melibatkan 7.7 juta peminjam dan 245,000 PKS.

Katanya, kebimbangan yang dialami sekiranya moratorium tidak dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi dan membuat pembayaran semula pada Oktober 2020 akan meningkatkan kadar Peminjam Tidak Berbayar (NPL).

Advertisement

“NPL akan meningkat kerana semakin ramai peminjam yang tidak mampu untuk meneruskan pembayaran ansuran bank.

“Kemungkinan besar kadar kes muflis atau bankrap akan meningkat dan bilamana ini terjadi maka penarafan atau ‘rating’ bank tempatan yang dijalankan oleh pelbagai agensi penarafan akan turut menurun.

“Penarafan dan ‘rating’ yang rendah kepada bank-bank selaku benteng ekonomi negara adalah tidak baik kepada imej Malaysia khususnya sebagai destinasi pelaburan yang strategik,” ujarnya.

Advertisement

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menambah, pandangan pakar ekonomi dunia menyatakan akan berlaku kemelesetan ekonomi pasca Covid-19 dan dijangka hanya akan pulih dalam masa hampir 2 tahun.

Tambahnya, jika moratorium menyeluruh dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi maka ianya akan berakhir pada Mac 2021 dan keadaan pada masa tersebut lebih kondusif untuk peminjam mula membuat bayaran ansuran pinjaman bank semula.

“Dengan kata lain pemulihan ekonomi akan hanya dapat dilihat paling awal bermula 2021 dan ekonomi Malaysia pada tahun 2020 adalah menguncup atau pun pertumbuhan yang negatif.

Advertisement

“Melihat naratif dan kesan berantai yang kemungkinan besar akan dialami oleh rakyat Malaysia, maka adalah wajar keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengkaji semula persoalan berkenaan dengan moratorium bantuan bersasar.

“Ini adalah salah satu usaha untuk membantu golongan rakyat khususnya B40 dan M40 yang memerlukan pembelaan daripada kerajaan hari ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top