BM | EN | 中文

Moratorium automatik wajar diberikan kepada B40 dan M40

v-sivakumar.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Golongan B40 dan M40 perlu diberi perhatian yang khusus oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam berhadapan dengan ‘total lockdown’ bagi menangani krisis Covid-19 yang lebih serius.

Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar berkata, menerusi pengumuman PEMERKASA+ yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, golongan B40 dan M40 sewajarnya menerima bantuan moratorium secara automatik kerana kedua-dua golongan ini menanggung beban yang hampir sama.

“Kenaikan kos sara hidup dan gangguan punca pendapatan menyebabkan rakyat semakin menderita akibat pandemik Covid-19.

Advertisement

“Golongan B40 memang jelas paling terkesan dengan keadaan yang mendesak kini, namun golongan M40 juga tidak terkecuali turut terkesan dengan kos sara hidup yang mencengkam kehidupan mereka,” katanya, lapor Roketkini.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Setiausaha Agung DAP itu menambah, prosedur yang memerlukan golongan B40 menghubungi pihak bank, serta M40 yang perlu menampilkan bukti bahawa kehidupan mereka terjejas adalah satu prosedur rumit yang tidak efektif.

Oleh itu tegasnya lagi, sebagai tanda keprihatinan kerajaan dan institusi-institusi kewangan, kedua-dua golongan ini wajar mendapat moratorium secara automatik yang lebih praktikal dan pastinya memberi impak dalam kehidupan mereka.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top