BM | EN | 中文

Momentum kempen derma darah di Johor perlu diteruskan

kempen-derma-darah-johor-pkp-covid-19.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun tidak menghalang warga Johor menderma darah dalam memastikan bekalannya sentiasa mencukupi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, melalui program kempen derma darah ia memberi manfaat kepada beberapa hospital negeri yang mengalami kekurangan bekalan darah sepanjang tempoh PKP.

“Ini adalah hasil daripada kerjasama penderma-penderma darah yang lebih dikenali sebagai “Johor Blood Warrior”, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang sentiasa menawarkan bantuan dari segi penganjuran kempen derma darah dan penyebaran maklumat meskipun mereka terpaksa mengorbankan masa, wang dan tenaga demi membantu pihak hospital.

Advertisement

“Diharapkan momentum pendermaan darah di negeri Johor ini sentiasa berada dalam keadaan stabil tidak kira apa jua keadaan,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu kata Vidyananthan , proses derma darah di Pusat Pendermaan Darah dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Katanya orang awam yang datang untuk menderma darah dikehendaki mematuhi penjarakan sosial, pemakaian topeng muka, penggunaan hand
sanitizer serta saringan di pintu masuk dengan senarai semak kesihatan dan pemeriksaan suhu badan.

Advertisement

Menurut beliau sepanjang tempoh PKP sehingga 23 Mei, sebanyak 10,669 beg darah telah berjaya dikumpulkan di seluruh Pusat Pendermaan Darah Negeri Johor.

Vidyananthan yang juga Adun Kahang menyeru orang ramai di negeri ini untuk menjaga kesihatan serta komited menderma darah setiap tiga bulan di pusat-pusat pendermaan darah dan kempen derma darah bergerak yang diadakan di sekitar Johor.

Pihaknya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penderma darah, penganjur kempen dan sukarelawan di Johor yang sama berjuang dalam memerangi penularan wabak ini.

Advertisement

Beliau memaklumkan sepanjang PKPB, waktu operasi pusat pendermaan darah di seluruh Johor diantara 8:00 pagi hingga 4:30 petang (Ahad-Rabu) jam 8:00 pagi hingga 2:30 petang (Khamis) dan ditutup pada hari Jumaat dan hari kelepasan am.

“Sehubungan itu, bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung dengan program kempen derma darah, orang ramai boleh melayari laman Facebook ‘Jadual Kempen Derma Darah Johor Bahru’,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top