BM | EN | 中文

Mohon sidang khas parlimen bukan derhaka titah Agong

salahuddin-ayub-mp-pulai.jpg

Salahuddin Ayub (Gambar Ehsan Sabah Post)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JAN: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini menafikan bahawa tindakan ahli parlimen memohon agar sidang parlimen khas diadakan sebagai menderhaka kepada titah Agong.

Menurutnya, tindakan memohon sidang parlimen khas itu adalah bertepatan dengan perlembagaan yang ada di dalam negara ini.

“Kita bukan nak ajak rakyat untuk berhimpun depan pintu pagar istana. Cuma apa yang kita mahukan kuasa legislatif atau perlembagaan berparlimen ini dapat dijalankan.

Advertisement

“Ianya masih dalam kerangka perlembagaan dan disebabkan itu kita mendesak agar sidang parlimen khas ini diadakan secepat yang mungkin.

“Keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong masih lagi di dalam skop atau kerangka perlembagaan dan ia boleh dibincangkan melalui kerangka yang sama,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pulai turut menjelaskan kepentingan sidang parlimen khas itu dalam memutuskan sesuatu perkara khususnya berkenaan dengan melawan Covid di negara ini.

Advertisement

Ujar Salahuddin lagi, proklamasi Darurat yang dilaksanakan sebelum ini menimbulkan pelbagai persoalan.

“Adalah suatu yang pelik bila proklamasi Darurat ini hanya menyekat kuasa legislatif sahaja di mana kuasa yang lain seperti eksekutif dan kehakiman masih boleh berjalan.

“Kita harus melihat keperluan yang dimahukan oleh rakyat dan kita tidak mahu segala keputusan dibuat dengan tanpa ada persidangan sehingga akan ada keputusan yang membelakangkan rakyat.

Advertisement

Sebagai contoh kerajaan perlu mengkaji semula prosedur SOP yang ditetapkan serta kerajaan perlu segera memanggil pakar-pakar dari pelbagai pihak untuk bergabung idea dalam melawan pandemik Covid ini.

“Tugas parlimen adalah untuk memelihara rakyat,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top