BM | EN | 中文

Mohd Solihan santuni masyarakat di Labis

Solihan-Badri-3.jpg

Mohd Solihan bertanya khabar antara keluarga yang dilawati

Advertisement

SEGAMAT, 5 JAN : Perihatin dengan nasib golongan memerlukan, ADUN Tenang, Mohd Solihan Badri sempat meluangkan masa seharian bersama masyarakat di kawasannya.

Ini menerusi lawatan ke rumah sembilan keluarga di kawasan Labis, di sini, Sabtu lepas.

Keluarga yang dilawati membabitkan masyarakat Cina di kawasan Pekan Labis, orang yang sakit dan asnaf di Kampung Paya Merah Lama dan Baru serta keluarga yang sakit dan asnaf di Kampung Contoh serta Kampung Lembah Bakti.

Advertisement

Mohd Solihan yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri turut berkesempatan singgah solat Zuhur di Masjid Tenang Stesen dan makan tengahari di warung Imam Masjid Tenang Stesen.

Dalam pada itu, Mohd Solihan memberitahu, lawatan berkenaan adalah bertujuan menyantuni masyarakat yang memerlukan di kawasannya selain menyampaikan sumbangan dan diharap dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Kunjungan saya adalah untuk bertanya khabar dan bertanya tentang masalah yang dialami mereka. Diharap bantuan tidak seberapa yang dihulurkan ini dapat membantu mereka,” katanya yang memberitahu lebih banyak program seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top