BM | EN | 中文

MOHD SOLIHAN GESA KONTRAKTOR IKUT TEMPOH

IMG-20191016-WA0006.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 OKT : Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohd Solihan Badri mahu para kontraktor di daerah ini melaksanakan segala tugasan masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

“Saya telah ditaklimatkan oleh jurutera daerah pontian bahawa beberapa projek pembinaan di sini telah mengalami kelewatan”

“Ini termasuklah, projek naik taraf Jalan Parit Ibrahim dan Jalan Parit Jawa yang bernilai RM2.3 juta. Kedua-dua projek itu terlewat sedikit dan dijangka siap tahun depan”

Advertisement

“Begitu juga dengan pembinaan projek naik taraf Jalan Pekan Nanas – Pontian Fasa dua yang bernilai RM65 juta dan sepatutnya dijangka siap tahun ini, bagaimanapun kontraktornya turut memohon lanjutan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas Program Lawatan ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Pontian, di sini, hari ini.

Berikutan itu, Adun Tenang itu berharap kesemua projek tersebut dapat segera diselesaikan demi kepentingan penduduk Pontian.

Advertisement

“Kita tidak mahu kelewatan kontraktor akan memberi kesusahan pada penduduk kerana kemudahan jalan dan jambatan amat penting untuk pembangunan kawasan setempat,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top