BM | EN | 中文

Mohd Noorazam dilantik Datuk Bandar MBJB berkuatkusa hari ini

Mohd-Noorazam-Osman-Datuk-Bandar-MBJB.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Datuk Mohd Noorazam Osman dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang ke-13 berkuat kuasa hari ini.

MBJB menerusi kenyataan memaklumkan Mohd Noorazam memulakan tugasan di Menara MBJB, di sini hari ini.

“Seluruh warga kerja MBJB mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas buat Datuk Mohd Noorazam: menurut kenyataan itu.

Advertisement

Sementara itu, KPRJ menerusi hantaran dalam laman Facebook memaklumkan bahawa Datuk Ramlee A. Rahman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ yang baharu bagi menggantikan Mohd Noorazam.

“Sekalung tahniah diucapkan di atas pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar MBJB yang baharu. Terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan terhadap KPRJ,” menurut KPRJ.

Mohd Noorazam yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ pada Jun 2018 sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Johor 2020 dan Ketua Pegawai Eksekutif Sports Johor Sdn Bhd.

Advertisement

Pemegang ljazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Kerajaan dan Dasar Awann pada 1990 dari Northumbria University, New Castle Upon Tyne, United Kingdom itu juga mempunyai pengalaman dalam tadbir urus kerajaan negeri selama hampir 27 tahun dan kerjayanya bermula pada Mei 1991 sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor.

Beliau juga memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Mersing pada 2017 dan Pegawai Daerah Kota Tinggi bermula 2013 sehinga 2017, selain menjadi Timbalan Pengarah Satu di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor pada 2004 sehingga 2013 dan juga Pengurus Besar Syarikat Air Johor Sdn Bhd bermula 2004 sehingga 2013.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top