BM | EN | 中文

Mohd Khuzzan sumbang kerusi roda untuk warga emas di DUN Semerah

khuzzan-serah-kerusi-roda-dun-semerah.jpg

BATU PAHAT, 15 OGOS: Tiada apa yang dapat menggembirakan hati buat sebuah keluarga di Semerah apabila mendapat sebuah kerusi roda baharu buat ahli keluarga mereka yang merupakan seorang warga emas .

Kerusi roda yang baharu itu disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar, bagi meringankan bebanan Wak Sanip Kastawi sekeluarga.

“Alhamdulillah hari ini menyumbangkan kerusi roda kepada Wak Sanip Kastawi yang menetap di Lorong 4, Nibong Darat.

“Kerusi roda ini akan memudahkan beliau menikmati udara luar setiap hari serta meringankan tugasan isteri dan keluarga beliau.

“Terima kasih pada Tok Zul Nibong Darat yang prihatin dengan permaslahan anak buah beliau,” kata Khuzzan dalam satu kiriman di laman Facebook beliau.

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi MPKK Semerah Pekan bertemu pihak kontraktor membangkitkan isu perlebaran simpang ke Sungai Nibong Laut.

Selain itu, Khuzzan turut meninjau kerja-kerja baikpulih jalan dan naiktaraf jambatan Sungai Nibong, dalam DUN Semerah.

“Pelebaran tersebut bagi memudahkan kenderaan keluar masuk dan dapat mengelakkan kemalangan.

“Terima kasih pada pihak kontraktor yang memahami permasalahan masyarakat setempat,” kata Khuzzan lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top