BM | EN | 中文

Mohd Khuzzan serah peralatan PPE kepada Klinik Kesihatan pekan Semerah

Mohd-Khuzzan-serah-peralatan-PPE-kepada-Klinik-Kesihatan-pekan-Semerah.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 2 JUL: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar telah menyumbangkan barangan kelengkapan peralatan perlindungan peribadi (PPE) kepada Klinik Kesihatan Semerah, Pekan Semerah.

Khuzzan berkata, sumbangan yang diberikan itu hasil kejasama dengan syarikat PCCS Group Berhad dan Kelab Rotary Batu Pahat, baru-baru ini.

“Diharapkan dengan sumbangan ini dapat membantu barisan hadapan negara dalam perjuangan melawan virus Covid19 yang masih belum nampak penghujungnya,” kata Khuzzan dalam satu kenyataan.

Advertisement

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menjaga kesihatan dalam keluarga masing-masing supaya tidak terdedah kepada mana-mana kluster jangkitan Covid-19.

“Kepada saudara-saudari, para ibu dan para bapa, terus amalkan langkah keselamatan dan kesihatan demi menjaga kesihatan kita semua.

“Amalkan jarak sosial, kerap cuci tangan dan jika demam, sila terus ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Advertisement

Dalam perkembangan berkaitan Khuzzan berkata telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah Jabatan Parit dan Saliran Negeri Johor di Kota Iskandar.

Ia katanya bertujuan untuk berbincang mengenai rancangan kerja JPS Batu Pahat dalam DUN Semerah bagi sepanjang tahun 2020.

“Alhamdulillah, beberapa isu berkaitan penyelengaraan dan pembersihan parit di dalam DUN Semerah dan parlimen Parit Sulong telah berjaya di selesaikan terutama isu ‘banjir termenung’ yang berlaku di Mukim 2, Bagan.

Advertisement

“Terima Kasih kepada Tuan Pengarah dan JPS Johor atas kerjasama yang diberikan demi memastikan kesejahteraan penduduk dalam DUN Semerah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top