BM | EN | 中文

Mohd Afzanizam ketuai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor

polis-narkotik.jpg

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) Johor di antara Superitendan Lee King Chuan (kiri) dengan Asisten Komisioner Mohd Afzanizam Yahaya (kanan) di Dewan Auditorium, IPK Johor hari ini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 FEB: Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Afzanizam Yahaya memulakan tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor berkuat kuasa hari ini.

Mohd Afzanizam mengambil alih tugas itu daripada Superitendan Lee King Chuan yang difahamkan akan berpindah ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak.

Penyerahan tersebut dilakukan pada satu majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor hari ini yang turut disaksikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Advertisement

Turut hadir; Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail.

Mohd Afzanizam, 44, dalam ucapan sulungnya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan pimpinan tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan kontinjen Johor yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk memegang jawatan tersebut.

Katanya, beliau bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi membantu mengekang aktiviti penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Advertisement

“Insya-ALLAH saya akan memikul tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti bagi mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan PDRM.

“Saya memerlukan kerjasama dan juga komitmen daripada semua pihak melibatkan ketua-ketua jabatan, ketua polis daerah dan sebagainya dalam menjalankan tugas saya kearah meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan cepat,” katanya lagi.

Mohd Afzanizam mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari Universiti Teknologi Malaysia.

Advertisement

Beliau juga memiliki Ijazah Kehormat dalam bidang akaun dari Universiti Utara Malaysia.

Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Pengurusan Bukit Aman, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Turus Penguatkuasaan Lesen/Perancangan Strategik Lesen Senjata Api, Bukit Aman.

Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan sejak dua tahun lalu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top