BM | EN | 中文

MODUL KELUARGA SEJAHTERA JOHOR DIHARAP TANGANI MASALAH SOSIAL

liow-cai-tung-6.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 SEPT: Modul Keluarga Sejahtera Johor diharap dapat membantu menangani masalah sosial yang turut disumbangkan akibat dari kerapuhan institusi keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, usaha tersebut penting kerana institusi keluarga akan mencorak dan menentukan mutu pembanguanan sesebuah masyarakat.

“Keluarga adalah institusi yang paling penting dalam masyarakat.

Advertisement

“Sikap, nilai dan tingkah laku seseorang yang dipelajari di rumah mempunyai kesan langsung dan tidak langsung terhadap masyarakat.

“Keluarga adalah tempat anak-anak kita mula belajar nilai-nilai moral dan rohani yang diharap memberikan makna kepada kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Seminar Kebangsaan Keluarga Sejahtera peringkat negeri Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dekat sini, hari ini.

Advertisement

Tambah Cai Tung, statistik laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (2007) menunjukkan wujudnya masalah seperti perceraian, penderaan kanak-kanak, pembunuhan, keganasan rumah tangga dan kes juvana yang menggambarkan keluarga bermasalah tidak mendapat bimbingan.

Justeru itu katanya, menerusi Modul Keluarga Sejahtera Johor, kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim menyediakan khidmat kaunseling dan rundingcara secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

Manakala melalui Seminar Kebangsaan Keluarga Sejahtera, jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dapat membantu kerajaan menangani masalah institusi keluarga di negara ini.

Advertisement

“Pelbagai pendekatan perlu diketengahkan agar isu kekeluargaan ini sentiasa dititikberatkan oleh seriap anggota masyarakat dalam usaha menyedarkan seluruh rakyat di Johor.

“Keharmonian dan ketidakharmonian sesebuah keluarga memainkan peranan penting serra menberi kesan kepada setiap ahli keluarga.

“Isu-isu yang berkaitan dengan keluarga adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama.

Advertisement

“Ia tidak sepatutnya dituding kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing” kata Cai Tung lagi.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top