BM | EN | 中文

Mobilia jangka kumpul RM13.8 juta menerusi tawaran awam awal

mobilia-muar.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Pembuat perabot rumah, Mobilia Holdings Bhd, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE pada 23 Feb ini, diunjurkan mengumpul RM13.8 juta daripada tawaran awam awal (IPO).

IPO itu melibatkan terbitan awam berjumlah 60 juta saham yang ditawarkan pada 23 sen seunit.

Sebanyak 20 juta saham akan ditawarkan kepada orang ramai, 12 juta saham untuk pekerja yang layak dan 28 juta saham ditawarkan kepada pelabur terpilih.

Advertisement

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Ervin Quek Yan Song berkata permodalan pasaran Mobilia bernilai RM92 juta apabila ia disenaraikan.

“Daripada hasil keseluruhan IPO itu, RM5.8 juta akan diperuntukkan bagi pembinaan pejabat baharu dan bilik pameran (fasa 1B), selain kilang di blok B dan C (fasa dua) di Muar, Johor,” katanya pada pelancaran prospektus syarikat itu secara maya hari ini.

Selain itu, RM1.3 juta akan digunakan untuk membeli jentera, RM1.8 juta bagi membayar balik pinjaman, RM1.9 juta sebagai modal kerja dan RM3 juta bagi perbelanjaan penyenaraian.

Advertisement

Pada masa ini, syarikat itu mengeksport kepada lebih 45 negara, dan majoriti perolehan disumbangkan oleh pelanggan dari Amerika Utara, Asia, Eropah, Amerika Selatan, Afrika Utara dan Malaysia.

“Penggunaan perabot global dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 2.8 peratus, manakala eksport perabot Malaysia diunjurkan berkembang pada CAGR 5.0 peratus,” menurut Quek, yang juga merupakan pengarah gantian kepada Quek Wee Seng.

Bagi tempoh kewangan berakhir 2020, perolehan Mobilia susut kepada RM44.7 juta daripada RM75.6 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top