BM | EN | 中文

Mobilia International gantung operasi di Johor selepas pekerja positif COVID-19

mobilia-international.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 APR: Pengeluar perabot berpangkalan di Johor, Mobilia Holdings Bhd

(Mobilia) berkata anak syarikatnya Mobilia International Sdn Bhd telah diarahkan Kementerian Kesihatan untuk menggantung operasi selepas beberapa pekerjanya disahkan positif COVID-19.

Penggantungan itu bermula semalam sehingga 2 Mei.

Advertisement

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata penggantungan sementara operasi anak syarikatnya di Bukit Bakri, Muar itu dijangka melewatkan pengiriman beberapa pesanan jualan.

“Pihak pengurusan pada masa ini sedang berbincang dengan pelanggan masing-masing untuk melanjutkan masa bagi penghantaran barangan.

“Selepas perniagaan beroperasi semula, syarikat dijangka memenuhi permintaan pelanggan dengan bekerja Iebih masa: katanya.

Advertisement

Pada 23 April, seorang pekerja Mobilia International dilaporkan dijangkiti COVID-19 selepas menjalani ujian saringan.

Pada 24 April, syarikat itu membuat ujian saringan COVID-19 secara sukarela termasuk melibatkan pekerja asing dan tempatan di premis yang terjejas.

“Langkah saringan itu mendapati beberapa pekerja telah disahkan positif COVID-19. Semua pekerja di premis yang terjejas ketika ini sedang menjalani kuarantin dan pengasingan,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, mengenai impak terhadap prospek pendapatan, Mobilia tidak menjangkakan sebarang impak buruk yang signifikan terhadap perolehan atau pendapatan kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 2021.

“Syarikat ini juga akan terus mematuhi garis panduan kerajaan untuk meminimumkan impak COVID-19 terhadap kakitangan dan operasi perniagaannya: katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top