BM | EN | 中文

Mobilia gantung operasi anak syarikat sehingga 9 Mei

MOBILIA-Holdings-Bhd.jpg

Gambar Ehsan TMR

Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Mobilia Holdings Bhd (Mobilia) akan memulakan semula operasi pejabat pentadbirannya pada 5 Mei ini bagaimanapun menggantungkan operasi anak syarikatnya, Mobilia International Sdn Bhd (MI) sehingga 9 Mei depan.

Pembuat perabot yang berpangkalan di Johor sebelum ini telah nnenghentikan operasi di MI dari 26 April sehingga 2 Mei selepas beberapa pekerjanya diuji positif COVID-19.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, ia berkata keputusan untuk melanjutkan penangguhan itu bertujuan untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

“Syarikat bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan untuk mencegah penularan COVID-19 di premisnya dan juga untuk menjaga kesihatan pekerja yang mungkin terdedah kepada virus tersebut.

“Mobilia akan terus mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan; katanya.

Mobilia berkata ia tidak menjangkakan sebarang kesan ketara terhadap operasinya, prestasi kewangan, atau memperoleh prospek yang wujud akibat penangguhan sementara itu.

Advertisement

Pada 23 April lepas, seorang pekerja MI didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan.

Keesokan harinya, syarikat itu secara sukarela menjalani ujian saringan COVID-19 terhadap kesemua pekerjanya, ia melibatkan pekerja asing dan tempatan di premis yang terjejas.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top