BM | EN | 中文

MOA tingkat usaha cari tanah penanaman nanas seluruh negara

Lembaga-Perindustrian-Nanas-Malaysia.jpg

Che Abdullah Mat Nawi membuat lawatan ke ladang nanas dan Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas, Alor Bukit, Pontian (Gambar Ehsan LPNM)

Advertisement

PONTIAN, 13 JUN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) akan meningkatkan usaha mencari tanah bersesuaian untuk penanaman nanas di seluruh negara, bagi memastikan kapasiti pengeluaran nanas sedia ada memenuhi permintaan global.

Timbalan Menterinya Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, langkah berkenaan perlu dilakukan kerana industri nanas negara berkembang dengan memberangsangkan, yang mana pada tahun lepas sahaja, Malaysia mengeksport sebanyak RM419 juta produk berasaskan nanas.

“Angka itu merupakan peningkatan lebih 60 peratus daripada nilai eksport sebanyak RM343 juta, yang direkodkan pada 2018.

Advertisement

“Jadi melihat potensi ini, kita (MOA) mahu menumpukan usaha untuk mencari tanah, supaya dapat memenuhi permintaan global,” katanya kepada pemberita ketika melawat Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas, Stesen Nanas Alor Bukit di Pekan Nanas, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Datuk Haslina Abdul Hamid, dan Timbalan Ketua Setiausaha Dasar MOA Ruhaida Mashhor.

Mengulas lanjut Che Abdullah berkata, Malaysia kini mengeksport nanas dan produk berasaskan nanas kepada lebih 20 negara termasuk Singapura, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), China, Jepun, serta Arab Saudi.

Advertisement

Namun, permintaan tertinggi terutama bagi buah nanas segar, adalah dari negara China yang mengkehendaki sebanyak 100 kontena atau 2,200 metrik tan sebulan.

Katanya, Malaysia bagaimanapun, setakat ini hanya mampu menghantar sebanyak 10 kontena sahaja, daripada keseluruhan jumlah berkenaan.

Che Abdullah menambah buat masa ini, Johor juga merupakan pengeluar nanas terbesar negara diikuti Sarawak, Pahang, Sabah dan Kedah.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top