BM | EN | 中文

MOA SEDANG NILAI KRITERIA PEMOHON LESEN IMPORT BERAS

Salahuddin-baju-merah-ketika-di-program-tersebut.jpg
Advertisement

PONTIAN, 26 OKT: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sedang membuat penilaian kriteria pihak-pihak yang berminat untuk mendapatkan kontrak permit import beras, berikutan penamatan kontrak Padiberas Nasional Bhd (Bernas) pada Januari 2021.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata antara perkara yang diteliti termasuklah kestabilan kewangan serta kekuatan mana-mana syarikat sebelum keputusan dibuat.

“Sesiapa sahaja yang diberikan lesen oleh pihak kerajaan akan mengambil alih stok simpanan di Malaysia,” katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan progam Himpunan Peladang di SK Rambah, disini, hari ini.

Advertisement

Katanya, antara kriteria yang perlu dipenuhi pihak terbabit termasuklah peruntukan kira-kira RM300 juta untuk mengendalikan pengimportan, pergudangan peredaran dan pemasaran beras negara.

“Sebelum ini, kita (Kementrian Pertanian dan Industri Asas Tani) yang meletakkan jumlah tersebut untuk menjaga stok simpanan beras.

“Maka selepas ini, jumlah tersebut boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang lain termasuklah untuk program-program bersifat rakyat yang membantu golongan petani dan nelayan, khususnya,” katanya.

Advertisement

Terdahulu dilaporkan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempelawa mana-mana pihak yang berminat menggantikan Bernas yang akan tamat kontrak permit import beras pada Januari 2021 supaya mengemukakan Permohonan Cadangan (RFP) untuk dinilai kerajaan.

Salahuddin mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk pertubuhan peladang atau swasta yang berminat mendapatkan kontrak tersebut agar menghantar cadangan mereka dengan segera.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top