BM | EN | 中文

MOA SASAR 51 PESERTA REZEKI TANI JOHOR TERIMA BANTUAN

salahuddin-ayub-rezeki-tani.jpg
Advertisement

PONTIAN, 19 OKT: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyasarkan 51 peserta dari Johor akan menerima bantuan Rezeki Tani, sebuah program galakan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan petani dan nelayan melalui bimbingan kementerian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Program Rezeki Tani mampu mencipta pendapatan tambahan dengan penglibatan ahli keluarga dengan memulakan perniagaan kecil melalui hasil tani dan laut.

“Program ini meningkatkan pendapatan melalui pemberian bantuan projek ekonomi.

Advertisement

“Ia juga menawarkan latihan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan,” kata Salahuddin pada majlis penyerahan surat terima kelulusan Program Rezeki Tani di Masjid Datuk Noh Gadot di pekan Serkat, pagi tadi.

Katanya, MOA sebelum ini turut menyasarkan kira-kira seramai 500 peserta Rezeki Tani dari seluruh negara pada tahun ini.

Terdahulu pagi ini, Salahuddin menyerahkan surat terima kelulusan Program Rezeki Tani kepada empat peserta dari Tanjung Piai.

Advertisement

Peserta terbabit ialah Muhd Zuhdi Sawal (penternak ayam), Hasminah Umar (pembuat kerepek), Nor Fadilah Jamaludin (pembuat kuih) dan Mohd Hassan Abd Rahman (pekebun sayur).

Kesemua masing-masing menerima bantuan peralatan mengikut bidang perniagaan yang diusahakan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top