BM | EN | 中文

MKN benarkan, saringan percuma Covid-19 Selangor diteruskan dari 1 hingga 10 Jun

MKN-benarkan-saringan-percuma-Selangor-diterus-esok-hingga-10-Jun.jpg

Amirudin Shari (tengah) meninjau lokasi Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Kampung Lindungan PJS 6, Petaling Jaya pada 21 Februari 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 31 MEI: Saringan Komuniti anjuran kerajaan Selangor diteruskan mengikut jadual sehingga 10 Jun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, pemeriksaan percuma itu dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula esok.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pihaknya perlu menyediakan laporan kepada polis selain meningkatkan kawalan dan mempercepat proses ujian di lokasi saringan.

Advertisement

“Tadi kita bincang (keputusan teruskan saringan) dan aktiviti ini dibenarkan dan tidak dihalang daripada arahan MKN.

“Kita cuba tingkatkan kawalan supaya tidak berlaku perhimpunan orang ramai pada satu-satu masa kerana ini antara usaha untuk elak rebakan Covid-19 di tempat baru,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau ditemui selepas menerima sumbangan Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin Palestin daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Advertisement

Jumaat lalu, kerajaan persekutuan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula esok hingga 14 Jun depan.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor giat menjalankan program saringan percuma di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak 8 Mei hingga 10 Jun.

Program yang memanfaatkan penduduk yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan diri selesai dijalankan di 36 DUN setakat ini.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top