BM | EN | 中文

Misi Peduli Banjir Amanah Johor di Kluang dapat pujian penduduk

Misi-Peduli-Banjir-Amanah-Johor-di-Kluang-dapat-pujian-penduduk.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 JAN: Misi Peduli Banjir Amanah Johor serta program kebajikan dan ziarah di Kluang mendapat sambutan dan pujian dari penduduk setempat.

Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Kluang, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata pujian tersebut dizahirkan oleh pihak yang menerima bantuan dari rombongan misi tersebut.

“Antara sasaran misi kali ini adalah dengan menumpukan kepada pembersihan pasca banjir yang melanda daerah ini.

Advertisement

“Kehadiran rombongan ini banyak membantu mangsa khususnya mereka yang kurang berkemampuan dan ia mendapat sambutan begitu baik dari penduduk.

“Alhamdulillah kita berterima kasih kepada rombongan Misi Peduli Banjir Amanah Johor yang hadir dalam memberikan khidmat mereka,” jelasnya.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran rombongan serta pasukan dari negeri lain seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor yang juga turut hadir membantu.

Advertisement

“Kehadiran pasukan atau rombongan dari pelbagai negeri yang membantu ini membuatkan kami semua merasa terharu kerana ia bukan sahaja meringankan bebanan kami malah ia menyuntik semangat pihak kami dalam usaha membantu mangsa.

“Jabatan Amal Relief Foundation (Arif) juga perlu diberikan pujian kerana komitmen mereka dalam usaha yang tidak pernah pudar sepanjang program ini berlangsung.

“Ia menunjukkan kesatuan parti Amanah dari pelbagai sudut untuk membantu antara satu sama lain. Terima kasih tidak terhingga juga kepada mereka yang memberi sumbangan baik dari individu ataupun berkumpulan,” jelasnya lagi.

Advertisement

Program Misi Peduli Banjir Amanah Johor turut dihadiri Speaker Dewan Negeri Johor, Suhaizan Kayat, Pengerusi Amanah Negeri Johor iaitu Aminolhuda Hassan, Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit, Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman, Adun Mengkibol, Chew Chong Sin dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Kluang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top