BM | EN | 中文

Misi ‘hidup mati’ Kelantan FC di Larkin malam ini

the-red-warriors_kelantan-KAFA.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OKT: Biarpun keputusan seri sudah memadai bagi pasukan Kelantan untuk layak ke saingan Piala Malaysia, namun ketua jurulatih pasukan itu Yusri Che Lah menggesa anak buahnya meraih keputusan lebih baik ketika menentang Johor Darul ta’zim (JDT) II dalam saingan Liga Premier di Stadium Larkin, malam ini.

Beliau berkata pemain perlu memberikan tumpuan pada perlawanan yang disifatkannya perlawanan ‘hidup mati’ pasukan walaupun menyedari JDT II bukan pasukan yang mudah untuk dikalahkan.

“Larat atau tidak larat, pemain mesti berjuang habis-habisan untuk menjaringkan gol dan mempertahankan gawang pasukan daripada dibolosi.

Advertisement

“Walaupun keputusan seri sudah memadai kepada kami untuk layak ke saingan Piala Malaysia, namun saya tidak mahu pemain dibuai dengan perkiraan itu yang akhir sekali memberikan keputusan kecewa kepada pasukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Yusri meminta agar pemain tidak terlalu panik berdepan pasukan berkualiti seperti JDT II sebaiknya memberikan komitmen serta bermotivasi tinggi untuk menewaskan pasukan itu.

“Pemain harus memberikan perhatian kepada bola yang akan ditendang oleh pasukan lawan atau sedaya upaya tidak memberikan ruang kepada pasukan lawan selain menggunakan sebaik mungkin peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Advertisement

Kelantan menduduki tangga ketujuh Liga Premier dengan mengumpul 12 mata, manakala JDT II di tempat keempat dengan 15 mata.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top