BM | EN | 中文

MIROS JALAN KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN KHIDMAT TEKSI MOTOSIKAL

A5F1D01B-5383-4B43-9F1B-F04CDF9B68EE.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menjemput orang awam bagi menyertai Kajian Persepsi Pengguna Jalan Raya Terhadap Kebolehlaksanaan Perkhidmatan Teksi Motosikal yang akan tamat 7 Sept ini.

Kajian yang dilakukan dalam talian tersebut boleh diakses melalui pautan http://its.miros.gov.my/kajianteksimotosikal/

Ia bagi mengenal pasti tahap penerimaan pengguna jalan raya terhadap kebolehlaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di negara ini yang meliputi aspek keselamatan jalan raya, perundangan, aliran trafik, ekonomi, keselamatan sosial, kesihatan, budaya serta peralihan mod pengangkutan.

Advertisement

“Hasil dapatan daripada kajian ini akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi merangka mekanisme pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia.

“Oleh itu, orang awam dijemput untuk menyertai kajian ini bagi menyuarakan pendapat dan pandangan berhubung perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Miros.

Kajian tersebut sedang dilaksana susulan dari keputusan Jemaah Menteri pada 21 Ogos lepas yang bersetuju supaya perkhidmatan ride-hailing berasaskan motosikal dibenarkan dalam melaksanakan Proof Of Concept (POC) di negara ini.

Advertisement

Bagaimanapun sebarang keputusan hanya akan dimuktamadkan setelah kajian terhadap aspek-aspek penting lain dikaji terlebih dahulu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top