BM | EN | 中文

MIRA FILZAH TAK CEPAT MELATAH

mira-04.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OGOS: Pelakon popular Mira Filzah tidak kisah walaupun berdepan pelbagai kritikan dari warganet dan menganggapnya sebagai asam garam kehidupan seorang selebriti.

“Boleh sahaja saya membidas semula setiap kecaman yang dilemparkan, tetapi untuk apa? Sebagai selebriti, saya perlu bijak mengawal emosi dan tidak menggunakan media sosial untuk menonjolkan pengaruh tidak baik,” kata Mira yang dipetik dalam laporan Berita Harian.

Mira, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, berkata dia tidak kisah kerana tahu dia tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

Advertisement

“Pasti ada yang senang, tidak kurang yang cuba mencari dan mencungkil kelemahan serta kesilapan kita. Serangan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

“Setiap orang mahu memberikan pendapat dan menegakkan pandangan mereka. Saya bagaimanapun, tidak mahu terlalu memikirkan pandangan orang lain, terutama mereka yang hanya mencari kelemahan dan kesilapan.

“Apa yang lebih penting adalah menjaga hati dan perasaan kedua-dua orang tua. Mereka sentiasa memerhati setiap pergerakan dan tindak-tanduk saya. Itu yang saya jaga kerana tidak mahu perbuatan saya mengguris perasaan mereka,” katanya lagi.

Advertisement

Sementara itu, Mira juga bakal membuat kemunculan pertamanya di layar perak menerusi filem Sangkar arahan Kabir Bhatia, yang akan menemui penonton bermula 29 Ogos ini.

 

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top