BM | EN | 中文

MINUMAN KERAS BERNILAI RM277,924 DIRAMPAS

minuman-keras.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 DIS: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sebanyak 171 karton minuman keras seludup membabitkan nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM277,924 dalam satu serbuan di Taman Seri Orkid, Skudai, di sini, malam tadi.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Abdul Rahman Mohamad berkata, operasi ‘Op Landai’ kira-kira 9 malam itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Katanya, operasi itu dijalankan atas maklumat dan risikan yang diketuai oleh dua pegawai dan empat anggota PPM Wilayah Dua Johor.

Advertisement

“Sebanyak 4,104 tin minuman keras membabitkan nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM277,924 dalam serbuan itu.

“Siasatan menunjukkan lelaki tersebut terlibat dalam kegiatan menjual dan membekalkan minuman keras tidak bercukai dan berlesen kepada peniaga-peniaga di kawasan Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata pada operasi itu, pemeriksaan dijalankan keatas premis tersebut dan hasil dari pemeriksaan telah menjumpai sebanyak 171 karton pelbagai jenis minuman keras yang tidak menepati undang-undang.

Advertisement

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua Johor untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (d), Akta Kastam 1967,” katanya.

ACP Abdul turut menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkenaan kegiatan penyeludupan serta jenayah maritim kepada pihak berkuasa dengan menghubungi talian PPM Wilayah Dua di 07-2372221 / 237222.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top