BM | EN | 中文

Minta rasuah dari pelajar, pensyarah kolej di Johor ditahan

SPRM-MACC.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pensyarah lelaki semalam, kerana meminta dan menerima rasuah daripada pelajar.

Menurut sumber, lelaki berusia 29 tahun yang bertugas di sebuah akademi swasta, ditahan di pejabat SPRM negeri kira-kira 2 petang.

Menerusi hasil siasatan, lelaki tersebut didapati meminta dan menerima wang rasuah daripada lima orang pelajar akademi berkenaan tahun ini, masing-masing RM300.

Advertisement

la sebagai untuk mengubah keputusan ujian subjek ‘Animation 2 – Rigging’ daripada gagal kepada lulus.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000.00 mana yang tinggi dan dipenjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan terbabit.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top