BM | EN | 中文

MINI TANKER DITAHAN BERLABUH DI JOHOR TANPA KEBENARAN

2DA65C59-6C05-45EC-BF3D-78E6A33278B2.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal jenis ‘Mini Tanker’ dengan enam anak kapal warga Indonesia kerana didapati berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor, petang semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan, kapal yang berdaftar di  Mongolia tersebut ditahan oleh bot ronda agensi berkenaan di kedudukan 3.1 batu nautika timur Tanjung Penyusop pada pukul 6.45 petang.

“Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tanpa muatan tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut.

Advertisement

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua kru kapal warga Indonesia tersebut berumur antara 24 hingga 61 tahun.

Mohd Zulfadli berkata, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM 100,000  atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Advertisement

Menurutnya lagi, penahanan tersebut merupakan kes yang ke 24 melibatkan kesalahan di bawah Ordinan sama bagi ZMTS pada tahun ini.

 

Sumber: Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top