BM | EN | 中文

MINI KARNIVAL HARI MALAYSIA DI KOTA ISKANDAR 16 SEPT INI

mini-karnival.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 SEPT: Orang ramai dijemput hadir ke padang bola Majlis Bandaraya Iskandar Puteri 16 Sept ini sempena program Mini Karnival Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih Kota Iskandar.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program tersebut termasuk antaranya karaoke patriotik, free market, larian Sayangi Malaysiaku, sukan rakyat, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, jualan foodtruck dan pakaian beragam.

Program yang bermula dari jam 7 pagi hingga 12.30 tengahari itu bertempat di Jalan Kejayaan, Taman Universiti, Skudai di sini.

Advertisement

Pengunjung turut berpeluang melawat gerai pameran agensi kerajaan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM dan Johorfm), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Telekomunikasi Malaysia (TM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Insentif Peduli Rakyat.

Majlis perasmian penutupan dijangka akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Dzulkefly Ahmad.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top