BM | EN | 中文

Miliki fasiliti dan rekod pesakit, Klinik Kesihatan wajar dijadikan PPV – Adun Jementah

Miliki-fasiliti-dan-rekod-pesakit-Klinik-Kesihatan-wajar-dijadikan-PPV-Adun-Jementah.jpg

Tan Chen Choon (empat dari kiri) menyumbangkan 100 unit peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Klinik Kesihatan Batu Anam dan diterima Dr Fahmi (berbaju merah).

Advertisement

SEGAMAT, 17 JUN: Sekiranya semua Klinik Kesihatan (KK) ini dimanfaatkan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV), secara tidak langsung ia akan dapat mempercepatkan kadar vaksinasi dan mencapai sasaran imuniti kelompok dengan lebih awal.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, Malaysia mempunyai 2838 buah KK, dilengkapi kemudahan dan peralatan perubatan serta pegawai-pegawai kesihatan yang mencukupi berbanding mendirikan PPV baru seperti di Dewan Sebarguna.

“Selain itu, KK ini juga biasa dikenali oleh warga setempat dan mempunyai rekod-rekod perubatan peribadi terutamanya warga emas yang menghidapi penyakit kronik.

Advertisement

“Sekiranya inisiatif ini dilaksanakan, pegawai-pegawai kesihatan lebih mudah menilai seseorang itu sesuai divaksin atau tidak.

“Ini berdasarkan rekod perubatan dan tidak akan menjadi masalah kepada KK untuk menghubungi warga setempat ke janji temu vaksinasi,” kata Tan dalam satu keniyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke Klinik Kesihatan Batu Anam, Segamat.

Advertisement

Ujarnya, pandangan pihak berkuasa bahawa KK tidak sesuai dijadikan PPV kerana masalah ruang yang membawa masalah penjarakan fizikal adalah tidak munasabah

Sebaliknya, klinik swasta dibenarkan didaftar sebagai PPV General Practitoner.

“Ini telah menjadi tanda tanya. Kenapa kerajaan tidak memanfaatkan KK yang mempunyai ruangan besar untuk dijadikan sebagai PPV bagi mempercepatkan kadar vaksinasi.

Advertisement

“Lebih-lebih lagi, jika KK dijadikan sebagai PPV khasnya pada fasa kedua.

“Ia dapat mengurangkan dan mengelakkan masalah warga emas tidak hadir ke janji temu vaksinasi atas sebab isu pengangkutan atau PPV terlalu jauh,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top