BM | EN | 中文

MIDA teliti pelaburan baharu pasca Covid-19

Azmin-Ali.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 5 JULAI: Kerajaan menerusi Lembaga Pembangunan Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang meneliti bidang baharu berteknologi tinggi untuk dibawa masuk ke negara ini pasca pandemik Covid-19.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu kerana negara ini mempunyai daya penarik bagi memikat pelaburan asing.

Antaranya termasuklah kestabilan politik, kemudahan infrastruktur dan tenaga kerja berkemahiran.

Advertisement

“Perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China menyebabkan banyak syarikat dan industri global yang menjadikan negara berkenaan (China) sebagai pusat operasi mahu memindahkan operasi mereka ke rantau ini.

“MIDA akan berusaha untuk menarik syarikat-syarikat global terlibat untuk memindahkan operasi mereka ke Malaysia bagi menembusi pasaran Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melakukan lawatan kerja ke kilang Daiichi Seiko Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Advertisement

Sementara itu, Mohamed Azmin turut memberitahu, pemain industri berharap kerajaan dapat menyelaraskan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) antara pusat dan negeri yang diperkenalkan dalam menghadapi sebarang krisis pada masa akan datang.

“Mereka lihat SOP diperkenalkan tidak konsisten antara pusat dan negeri, jadi industri meminta agar pelaksanaan perkara ini dijelaskan.

“Perkara ini penting bagi mereka agar tidak berlaku masalah dalam operasi harian,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top