BM | EN | 中文

MIDA tarik 32 projek pelaburan berjumlah RM17.5 bilion ekoran isu AS-China

Lembaga-Pembangunan-Pelaburan-Malaysia-MIDA.jpg

Gambar Ehsan Money Compass

Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 JUL: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berjaya menarik 32 projek dengan pelaburan berjumlah RM17.5 bilion membabitkan penempatan semula syarikat-syarikat asing yang terjejas akibat konflik dagangan Amerika Syarikat (AS)-China, ke Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Lim Ban Hong berkata ini dicapai melalui khidmat fasilitasi oleh MIDA setakat 31 Mei lepas kepada 86 syarikat terjejas dari China dan negara-negara lain.

“Daripada 32 projek itu, sebanyak 28 projek dengan pelaburan berjumlah RM8.36 bilion telah diluluskan manakala empat projek dengan pelaburan bernilai RM9.14 bilion masih dalam proses penilaian.

Advertisement

“Projek-projek tersebut akan dilaksanakan di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Wira Amiruddin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu) berhubung kejayaan kerajaan menarik pelabur-pelabur dari China dan Jepun yang memindahkan operasi mereka dari China akibat perang dagangan AS-China serta pandemik COVID-19.

Menurut Lim, daripada 28 projek yang diluluskan, sebanyak 10 projek bernilai RM2.67 bilion merupakan syarikat dari China yang dapat mewujudkan sekurang-kurangya 1,131 peluang pekerjaan.

Advertisement

Selain itu, dua projek yang telah diluluskan membabitkan syarikat Jepun dengan jumlah pelaburan RM188.18 juta dan 206 peluang pekerjaan, katanya.

“Meskipun isu konflik perdagangan AS-China dan pandemik COVID-19 telah mengubah dan menjejaskan rantaian bekalan global, kerajaan akan terus melipat gandakan usaha bagi memastikan Malaysia kekal lokasi mesra pelabur untuk menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang negara,” kata beliau.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top