BM | EN | 中文

MHholidays lancar festival pelancongan, tawar diskaun, naik taraf penerbangan percuma

MHHolidays.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 DIS: MHholidays, cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines Bhd, melancarkan MHholidays Travel Festival yang pertama dalam talian.

Diadakan mulai hari ini hingga 20 Dis, 2020, pameran dalam talian itu menawarkan tawaran hebat kepada pelanggan bagi perjalanan segera sehingga 30 Jun 2021.

Pada masa sama, Malaysia Airlines akan melanjutkan insentif Stimulus Cuti Malaysia sehingga 20 Dis, menawarkan rebat sehingga RM200 bagi penerbangan ke destinasi tempatan berikutan kerajaan telah membenarkan pergerakan rentas negeri, katanya dalam kenyataan semalam.

Advertisement

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata syarikat penerbangan nasional itu komited untuk memainkan peranannya dalam menggalakkan perjalanan domestik menerusi tawaran hebat di MHholidays Travel Festival.

“Pelanggan dapat menikmati diskaun sehingga 25 peratus bagi semua penerbangan dan pakej hotel di Langkawi, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu dan Johor Bahru.

“Bagi setiap tempahan ke-30, pelanggan berpeluang menikmati naik taraf percuma ke Kelas Perniagaan, dan semua ahli Enrich berhak mendapat Enrich Miles untuk semua penerbangan domestik yang ditempah sepanjang tempoh tempahan pameran perjalanan itu,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata selaras dengan kempen Fly Confidently, syarikat penerbangan nasional itu telah menyediakan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang ketat untuk memastikan ketenangan fikiran pelanggan ketika melakukan perjalanan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top