BM | EN | 中文

MFL umum Piala Malaysia 2020 dibatalkan

Piala-Malaysia-1.jpg

Gambar Ehsan Semuanya Bola

Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 NOV: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mencapai kata sepakat untuk mengumumkan pembatalan kejohanan Piala Malaysia 2020 berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas rayuan untuk meneruskan kejohanan itu telah ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, MFL harus akur dengan keputusan terbaharu daripada MKN di mana pihak kerajaan tidak membenarkan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 berlangsung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini.

Advertisement

MFL dilaporkan Utusan Malaysia berkata, pihaknya sentiasa peka dengan saranan MKN dan pihak kerajaan menyarankan supaya tidak meneruskan pertandingan Piala Malaysia 2020.

“Sudah tentu dalam surat rayuan sebelum ini MFL telah menyediakan perancangan cukup rapi selaras dengan panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan kejohanan itu yang masih berbaki tujuh perlawanan dapat diteruskan tetapi seperti saya katakan tadi MFL sentiasa peka dengan saranan pihak kerajaan.

“Justeru, MFL menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah terpaksa mengambil keputusan yang cukup berat untuk membatalkan saingan tersebut demi kesihatan dan keselamatan semua pihak seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.

Advertisement

“Ini kerana pembatalan ini terpaksa dilakukan di mana kita tidak boleh lagi menangguhkan kempen Piala Malaysia ke bulan yang lain kerana kontrak pemain secara amnya akan berakhir pada 30 November ini.

“Banyak polemik akan tercetus jika MFL mengambil pendekatan untuk melanjutkan tarikh baharua di mana pasukan-pasukan akan berdepan masalah seperti ketiadaan pemain serta terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi.

“Apapun, saya mewakili bagi pihak MFL ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah membenarkan saingan Liga Malaysia seperti Liga Super dan Liga Perdana dijalankan sebelum ini.

Advertisement

“MFL juga memberi penghargaan kepada setiap pasukan yang berusaha keras untuk bertanding dalam pertandingan Liga Malaysia iaitu CIMB Liga Super, Liga Premier dan TM Piala Malaysia musim ini dengan mematuhi SOP begitu baik.

“MFL juga tidak lupa kepada penaja-penaja iaitu Telekom Malaysia (TM), CIMB, AirAsia, Nike dan F&N 100Plus yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami ketika berdepan detik sukar ini,” katanya.

MFL sebelum ini menyatakan bahawa pengelola Liga Malaysia itu telah bersedia dengan mekanisme khas dalam misi meneruskan saingan Piala Malaysia di negeri bebas PKPB.

Advertisement

Dalam perancangan itu, MFL telah menghantar permohonan untuk menggunakan venue Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu dan Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk aksi suku akhir dan separuh akhir.

Kejohanan Piala Malaysia telah membuka tirai pada 6, 7 dan 8 November lalu di mana lapan pasukan telah layak ke suku akhir iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur, Pulau Pinang, UiTM FC, Kedah, Perak, Terengganu FC dan Selangor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top