BM | EN | 中文

“Mesyuarat tanpa Bersatu Johor sudah dijangka, kemelut PN makin ketara”

Parti-Pribumi-Bersatu-Johor-PPBM.jpg

JOHOR BAHRU, 28 JUL: Kemelut yang melanda parti komponen Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin ketara apabila mesyuarat yang diadakan kelmarin tidak melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain ia telah dijangka berdasarkan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Johor Dato Nur Jazlan yang menyerang Bersatu secara berterusan.

Dr Mohd Zuhan

“Mesyuarat hanya melibatkan Umno dan Pas jelas menandakan bahawa Umno membelakangkan rakan mereka, Bersatu.

“Bagaimana sebuah gabungan membuat mesyuarat yang membelakangkan rakan mereka apatah lagi dalam pentadbiran sesebuah kerajaan?

“Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) tidak pernah menyisihkan rakan komponen mereka termasuklah Bersatu kerana sesuatu keputusan perlu jelas tanpa ada syak wasangka antara rakan gabungan,” katanya.

Kata Dr Zuhan, gabungan seperti itu tidak akan bertahan lama memandangkan kenyataan menyerang sesama sendiri masih berlaku di kalangan komponen PN.

Beliau menjelaskan PN ditubuhkan hanya untuk mengambil alih kuasa daripada PH dan bukan dibina atas dasar dan matlamat jelas demi rakyat.

“Pimpinan Bersatu harus sedar nasib mereka bila melihat senario ini yang memang tidak menguntungkan. Sebelum ini pun wujud suara-suara dari parti Pas yang mendakwa mereka disisihkan oleh Umno di Johor.

“Sebagai bekas rakan dalam PH dahulu, saya ingin menasihatkan agar Bersatu kembali memikirkan ‘survival’ mereka apatah lagi soal kerusi ketika PRU akan datang.

“Bersatu Johor perlu menunjukkan sikap. Nur Jazlan tidak akan berkompromi dalam pembahagian kerusi kerana beliau melihat sekiranya Umno membiarkan Bersatu bertanding di beberapa Dun milik Umno di Johor, pastinya akar umbinya akan memboikot,” jelasnya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top