BM | EN | 中文

MESYUARAT MD TANGKAK DISIAR SECARA LANGSUNG

majlis-daerah-tangkak.jpg

JOHOR BAHRU, 1 SEPT: Langkah Majlis Daerah Tangkak (MDT) menyiarkan mesyuarat penuh secara langsung menerusi laman sosial merupakan tindakan proaktif dan terkehadapan demi memastikan ketelusan penyampaian dasar kerajaan tempatan.

Adun Skudai, Tan Hong Pin berkata, langkah itu menjadikan pihak berkyasa tempatan (PBT) lebih telus dan mendorong usaha yang sedang diambil oleh menuju ke arah pendigitalan kerajaan tempatan.

“Saya konsisten dengan pandangan bahawa pendigitalan PBT menerusi siaran mesyuarat penuh secara langsung adalah wajar dan perlu disegerakan bagi memberi peluang kepada rakyat mengetahui dan memahami pentadbiran kerajaan tempatan dengan lebih dekat sekali gus menjadi cerminan ketelusan pentadbiran.

“Malah, saya juga yakin proses penyiaran mesyurat penuh sedemikian tidak memerlukan peruntukkan yang besar untuk dilaksanakan seiring dengan capaian platform teknologi terkini,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi bersedia membantu dan menyokong sebarang ketetapan kerajaan negeri Johor dalam mendigitalkan kerajaan tempatan”.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar PBT-PBT yang masih belum mengorak langkah pendigitalan untuk segera bertindak sedemikian,” tambahya.

MDT merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) kedua di Johor yang menyiarkan mesyuarat penuh secara langsung selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top