BM | EN | 中文

Mesyuarat khas tetapkan tarikh PRN Johor pada 9 Feb

kota-iskandar-bangunan-dun-johor.png

Gambar Ehsan Flickr / Mie Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 akan diadakan pada 9 Feb, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Johor seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut,” kata Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak, lapor Malaysiakini.

Dia memaklumkan SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor Suhaizan Kayat berhubung pembubaran DUN negeri itu pada 23 Januari lalu, sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.

Katanya lagi, dbrdasarkan Fasal (4) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan untuk membubarkan DUN pada 22 Januari lalu.

Dalam sidang media selepas itu, Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata PRN perlu dilakukan agar pentadbiran mempunyai mandat lebih besar, berbanding kelebihan satu kerusi sebelum ini.

Bagaimanapun langkah dilihat sesetengah pihak sebagai mengambil peluang terhadap kelemahan pembangkang serta menyingkirkan PN daripada pentadbiran negeri.

PRN Johor juga merupakan pilihan raya pertama melibatkan pengundi berusia 18 tahun ke atas, juga pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top