BM | EN | 中文

Mesyuarat khas Johor: Masa tak cukup untuk bincang semua dalam sehari – Adun Skudai

johor-kota-iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MEI: Adun Skudai, Tan Hong Pin berkata, jumlah hari bagi sesi perbincangan khas berhubung Covid-19 yang dipengerusikan Menteri Besar Johor perlu ditambah.

Katanya, ramai wakil-wakil rakyat berharap sesi perbincangan dipanjangkan bagi mancari formula mempergiatkan lagi program vaksinasi ke seluruh pelosok negeri demi melindungi nyawa rakyat Johor daripada bahaya wabak Covid-19.

“Ramai mendapati masa seharian untuk tujuan sesi perbincangan khas sedemikian adalah sangat suntuk.

Advertisement

“Elok diperuntukkan tempoh yang lebih panjang supaya setiap wakil rakyat yang ingin mengambil bahagian diberi masa yang mencukupi untuk mengutarakan pandangan dan suara masing-masing.

“Negeri Johor negeri besar yang mempunyai sejumlah lima puluh enam (56) kerusi Dewan Negeri,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, beliau turut mencadangkan Dewan Negeri Johor dan parlimen bersidang semula.

Advertisement

“Seperti gesaan terbuka Yang Berhormat Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman pada hari ini, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

“Sebagai wakil rakyat kami mahu kembali bekerja dan bersuara untuk rakyat di Dewan segera,” kata Hong Pin.

Hari ini sesi perbincangan khas berhubung Covid-19 diadakan secara dalam talian dan dihadiri majoriti wakil rakyat kerajaan dan pembangkang di Johor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top