BM | EN | 中文

Mesyuarat khas Bersatu Johor tetapkan sokongan kepada Muhyiddin

muhyiddin-bersatu-PPBM.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 JUN: Badan Pimpinan Bersatu Negeri Johor yang mengadakan mesyuarat khas malam tadi menetapkan sokongan kepada Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu, mesyuarat khas itu dihadiri 20 daripada 26 Ketua Bahagian Bersatu di negeri ini.

“Mesyuarat khas ini telah memutuskan beberapa perkara (iaitu) menyokong penuh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden dan pemangku Pengerusi Bersatu.

Advertisement

“Menyokong penuh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia kelapan,” kenyataan tersebut dipetik.

Kenyataan tanpa penama itu turut mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Tun Dr Mahathir sebagai mantan Pengerusi Bersatu dan perdana menteri ketujuh.

Selain itu kenyataan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada empat ahli Bersatu yang telah digugurkan iaitu Datuk Seri Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah sebagai ahli parlimen dari parti itu.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, keahlian kelima mereka telah terhenti secara serta-merta menurut peruntukan fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti menurut tafsiran Majlis Pimpinan Tertinggi.

“…terhentinya keahlian mereka adalah muktamad,” tambah kenyataan tersebut.

Bersatu Johor turut menggesa ahli-ahlinya di negeri ini untuk terus kekal setia dan memperkukuhkan parti dalam bahagian masing-masing.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top