BM | EN | 中文

Mesyuarat Exco Johor tak bincang soal PRN

tosrin_jarvanthi.jpg

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi (Gambar Ehsan Bernama)

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 20 JAN: Mesyuarat mingguan majlis kerajaan negeri di Bangunan Dato’ Jaafar, Kota Iskandar di sini, semalam tidak membincangkan isu berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor yang juga Ketua BERSATU Bahagian Kulai, Tosrin Jarvanthi, berkata mesyuarat hanya menyentuh perbincangan kerajaan negeri.

“Tiada apa-apa yang luar biasa dan mesyuarat berjalan seperti biasa. Kita membincangkan kertas kerajaan, tiada perkara lain.

Advertisement

“Langsung tiada perbincangan mengenai PRN.

“Kita tunggu daripada (Presiden BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi buat masa ini belum dapat tahu lagi,” katanya selepas mesyuarat berkenaan di sini, semalam.

Terdahulu Tosrin dilaporkan BH Online berkata, BERSATU Johor dan bahagiannya sudah bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan.

Advertisement

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dengan agihan terkini UMNO dan DAP masing-masing 14 kerusi, BERSATU (11), MIC (dua), PAS (satu), AMANAH (enam) dan PKR (tujuh).

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top