BM | EN | 中文

Mesyuarat dwipartisan Johor: Pakatan Harapan kemuka lima cadangan

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 MEI: Pakatan Harapan (PH) Johor mengemukakan lima cadangan yang perlu diberi untuk dibawa ke sidang Permesyuaratan ahli-ahli parlimen dan Adun Johor.

PH Johor dalam satu kenyataan hari berkata, lima perkara tersebut adalah ujian saringan secara besar-besaran, rancangan vaksinasi, pakej bantuan, rancangan pembukaan semula sempadan Johor-Singapura dan menamatkan perintah darurat.

Kerajaan Johor boleh menggerakkan hospital di bawah KPJ Healthcare yang dimiliki Johor Corporation Bhd (JCorp) bagi mempergiat pemeriksaan Covid-19 supaya dapat menjejak jangkitan terutamanya antara mereka yang tidak menunjukkan sebarang simptom.

Advertisement

Cadangan kedua dikemukakan PH Johor adalah rancangan untuk memperluaskan kempen kesedaran vaksinisasi kepada warga Johor
dan mencapai angka pendaftaran sekurang-kurangnya 70 peratus daripada keseluruhan mereka yang layak.

Bagi cadangan ketiga, bantuan ekonomi perlu diberikan kepada golongan berpendapatan rendah, Peniaga Kecil Sederhana (PKS), anak
muda dan pekerja yang amat terkesan bahkan hilang pendapatan akibat PKP yang dilaksanakan kerajaan pusat

Manakala rancangan pembukaan semula sempadan Johor – Singapura perlu dibuat dengan prosedur terkini bagi membolehkan warganegara
Malaysia yang merupakan pelajar sedia ada dan pemegang pas jangka panjang untuk keluar negara, terutamanya ke Singapura.

Advertisement

Bagi cadangan kelima, tiba masanya kerajaan persekutuan menerapkan tadbir urus yang inklusif secara dwipartisan dalam memerangi wabak pandemik bersama-sama kerajaan negeri, ahli parlimen, Adun serta rakyat secara menyeluruh.

“Sehubungan itu, PH Johor memohon YAB Menteri Besar mempertimbangkan agenda ini untuk dibahaskan dalam sebuah mesyuarat seperti yang dititahkan oleh DYMM Tuanku demi nyawa dan ekonomi rakyat, khasnya Bangsa Johor.

“Kita semua menginsafi dan bertekad untuk terus bersama-sama dalam menghadapi pandemik yang kian kritikal ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Advertisement

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Negeri Johor, Senator Liew Chin Tong.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top