BM | EN | 中文

Mesyuarat dengan PAS tak bincang agihan kerusi – Umno Johor

hasni-mohamad-bn-johor-umno.jpg

Hasni Mohammad (Gambar Fail)

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 JUL: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata soal pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak dibincangkan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Muafakat Nasional Johor.

Katanya, pertemuan malam tadi sekadar berkisar kepada soal pengukuhan hubungan UMNO dan PAS di negeri ini menerusi pelbagai program di peringkat akar umbi.

“Hari ini (mesyuarat) adalah supaya kerjasama antara UMNO dan PAS diperkukuhkan,” kata Hasni, lapor Bernama.

Advertisement

Turut hadir pada sidang media ialah pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin.

Kata Hasni, mesyuarat turut bersetuju supaya Johor terus mempertahankan kerjasama dan mendokong Muafakat Nasional di peringkat negeri menerusi pembentukan jawatankuasa pemantau dan jawatankuasa pelaksana.

“Tujuan penubuhan jawatankuasa pemantau dan pelaksana adalah untuk menjalankan program dan melaksanakan beberapa tanggungjawab termasuk memantau program dilaksana di bahagian atau kawasan,” katanya.

Advertisement

“Di peringkat negeri ditubuhkan jawatankuasa pemantau manakala di peringkat bahagian, ditubuhkan jawatankuasa pelaksana,” katanya dengan menambah jawatankuasa pemantau itu masing-masing dianggotai 12 anggota daripada UMNO dan 12 daripada PAS.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top