BM | EN | 中文

MESTECC TUNGGU KELULUSAN KABINET DRAF AKTA JEREBU RENTAS SEMPADAN

Jerebu-JB-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 SEPT: Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata kementeriannya kini menunggu kelulusan Kabinet bagi mendraf Akta Jerebu Rentas Sempadan.

Menurut agensi berita nasional negara (Bernama), Yeo berkata perkara tersebut telah dibincangkan pada mesyuarat Kabinet semalam dan sekiranya Kabinet bersetuju, kementeriannya (Mestecc) akan segera bertindak bagi mewujudkan akta tersebut sebagai langkah jangka panjang menyelesaikan masalah jerebu di negara ini.

“Kementerian bersedia mendraf akta ini jika Kabinet putuskan terdapat keperluan menggubal akta itu.

Advertisement

“Akta ini adalah untuk mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat Malaysia yang telah mengakibatkan jerebu di luar negara bukan sahaja di Indonesia tetapi di luar negara,” beliau dipetik sebagai berkata.

Yeo berkata demikian kepada wartawan ketika melawat Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang hari ini.

Tambahnya lagi, antara undang-undang yang akan diperuntukkan dalam akta ini ialah kuasa untuk menghukum pihak-pihak dari Malaysia yang mempunyai ladang di luar negara yang menyebabkan jerebu supaya diadili di mahkamah Malaysia.

Advertisement

“Saya akan mendapatkan nasihat daripada peguam negara bagaimanakah kita boleh mendraf akta ini dan apakah yang kita boleh masukkan bagi menjadikan ia efektif untuk menangani isu jerebu,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kerjasama serantau dan antarabangsa masih amat diperlukan bagi menyelesaikan masalah jerebu rentas sempadan.

Katanya sehubungan itu, komunikasi antara negara ASEAN adalah penting dan beliau menjelaskan akan terdapat satu telesidang antara beliau dan Setiausaha Agung ASEAN bagi mengutarakan pandangan supaya mekanisme efektif di peringkat ASEAN dapat dicapai untuk menangani jerebu dalam jangka masa panjang.

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top